Site icon Kool FM

Pendakwah Terkenal Dipanggil Polis Ke Bukit Aman


Isu & Kontroversi

Seorang pendakwah terkenal dipercayai dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Gambar Hiasan

Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

Menurut sumber, pihak polis telah memanggil pendakwah itu untuk merakam percakapan esok.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

 

Sumber: Kosmo



The following two tabs change content below.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version