Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pendapatan Astro Q1 2025 menyusut kepada RM773 juta

today25 June 2024

Background


PETALING JAYA – Pendapatan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menyusut kepada RM773 juta untuk suku tahun pertama (Q1) tahun kewangan 2025 (TK 2025), yang bakal berakhir pada 31 Januari 2025.

Dalam tempoh tersebut, syarikat mencapai keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) ternormal sebanyak RM25 juta, tidak termasuk kerugian tukaran asing yang belum direalisasikan atas liabiliti sewa transponder.

Astro turut menghasilkan aliran tunai bebas sebanyak RM112 juta dan terus proaktif dalam pengurusan modalnya.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, syarikat menempuh landskap yang mencabar terutamanya dalam perbelanjaan pengiklanan.

“Hasil pengiklanan mengalami trend penurunan yang signifikan, di mana beberapa pelanggan-pelanggan utama telah mengurangkan perbelanjaan bagi tujuan terbabit semasa suku kali ini.

“Contohnya, sepanjang musim Raya, suasana pengiklanan dalam radio dan televisyen (TV) menyepi gara-gara pelanggan mengambil langkah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post