Site icon Kool FM

Pendapatan bersih KWAP naik kepada RM9.7 bilion


KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan prestasi cemerlang tahun lalu, dengan pendapatan bersihnya merekodkan pertumbuhan lebih 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion, berbanding RM263 juta yang dicapai pada 2022.

Ketua Pegawai Pelaburannya, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, ia berikutan situasi pada tahun  2022 yang sangat mencabar pada peringkat tempatan dan global, di mana pihaknya turut mengalami kerugian tidak direalisasi dalam pendedahan tempatan serta di luar negara.

Sementara itu, saiz dana keseluruhan KWAP bertumbuh 7.4 peratus pada 2023 untuk mencapai RM169.8 bilion.

Angka tersebut selepas mengambil kira pengeluaran dana KWAP sebanyak RM3 bilion untuk membiayai sebahagian daripada liabiliti pencen kerajaan. 

“KWAP turut menyampaikan pulangan pelaburan sebanyak 8.2 peratus bagi tahun 2023.

“Sepanjang tahun lalu, KWAP kekal sebagai pelabur utama di Malaysia dengan 75.6 peratus daripada aset pelaburannya dilaburkan di Malaysia, hanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version