
PETALING JAYA – IOI Properties Group Berhad (IOIPG) mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 41 peratus kepada RM968.7 juta dalam suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.
Peningkatan didorong oleh prestasi kukuh merentasi ketiga-tiga segmen perniagaan teras, dengan segmen Pembangunan Hartanah, Pelaburan Hartanah dan Hospitaliti & Riadah mencatatkan pertumbuhan ketara masing-masing sebanyak 47 peratus, 31 peratus dan 44 peratus.
Keuntungan sebelum cukai pula meningkat lebih daripada lima kali ganda kepada RM753.6 juta, berbanding RM133.7 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025.
Prestasi kukuh itu terutamanya disebabkan oleh pengukuran semula keuntungan sebanyak RM502.8 juta susulan penyempurnaan pengambilalihan South Beach di Singapura, serta prestasi yang lebih kukuh bagi segmen Pembangunan Hartanah dan Pelaburan Hartanah.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOIPG, Lee Yeow Seng berkata, pihaknya berbesar hati untuk memulakan tahun kewangan baharu dengan nada yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: