PETALING JAYA – Perolehan bulanan peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Tani (IPR Intan) adalah lebih tinggi berbanding gaji median pekerja formal negara pada RM2,600, yang sebahagian besarnya merupakan pemegang diploma dan ijazah.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli semalam berkongsi sampel pendapatan tujuh orang peserta IPR Intan di Putrajaya, yang mana julat tambahan pendapatan bulanan dijana bagi setiap kitaran pertanian mereka selama empat bulan ialah antara RM3,000 dan RM5,800.
“Formula pertanian moden untuk membasmi kemiskinan telah berjaya dibuktikan di beberapa tapak di seluruh negara. Amanah saya ialah meluaskan IPR Intan di seluruh negara dengan segera.
“Sasaran kami ialah mewujudkan peluang ini kepada 20,000 peserta di seluruh negara menjelang akhir 2025.
“Ini bersamaan dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan dengan membina 200 pusat data, yang memerlukan pelaburan beratus bilion kerana kilang moden tidak menggunakan ramai pekerja,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: