Site icon Kool FM

Pendapatan Petronas RM375 bilion – Kosmo Digital


PETALING JAYA – Petronas merekodkan pendapatan seba­nyak RM375.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding RM248 bilion tahun sebelumnya, disebabkan kesan harga yang lebih baik bagi produk utama, seiring dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Untung selepas cukai (PAT) meningkat kepada RM101.6 bi­lion daripada RM50.9 bilion, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) adalah pada RM170.7 bilion daripada RM100.4 bilion pada tahun 2021.

Jumlah aset pula diperkukuh­kan kepada RM710.6 bilion dan ekuiti pemegang saham me­ningkat kepada RM401.6 bilion setakat 31 Disember 2022, terutamanya disebabkan oleh keuntungan lebih tinggi yang direkodkan pada tahun berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, tahun 2022 memboleh­kan pihaknya memanfaatkan lonjakan minyak dan gas, meskipun ia turut memberikan isyarat ketidaktentuan terhadap permintaan-bekalan yang didorong…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version