
PETALING JAYA – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) mencatat pendapatan sewa sebanyak RM23.10 juta, meningkat sebanyak 22.62 peratus berbanding RM18.84 juta pada suku ketiga tahun 2024.
Syarikat juga mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM14.94 juta, menandakan peningkatan sebanyak 23.52 peratus daripada RM12.10 juta pada tahun sebelumnya.
Kos pinjaman menurun sebanyak 5.60 peratus kepada RM6.69 juta, berikutan pelarasan kadar dasar Bank Negara Malaysia baru-baru ini.
Pengarah Urusan AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn Bhd (AKRM), Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, keputusan suku ketiga AmanahRaya REIT menunjukkan penambahbaikkan dalam portfolio syarikat dengan pendapatan sewaan yang terus berkembang serta pendapatan bersih yang mencatatkan peningkatan tahunan yang kukuh.
“Walaupun berdepan perbelanjaan yang lebih tinggi pada suku ini akibat aktiviti penyelenggaraan dan operasi di beberapa hartanah termasuk pengubahsuaian dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: