Perdana Menteri mengumumkan berita baik buat para pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di mana pendidikan percuma menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bajet sebanyak RM120 juta.
Pada masa sama beliau mengumumkan kerajaan bersetuju mengecualikan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua graduan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA, khususnya yang berlatar belakang keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
“Langkah ini memberi manfaat kepada sekitar 6,000 peminjam PTPTN dengan peruntukan tahunan sebanyak RM90 juta,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik.
“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan peminjam culas yang mempunyai kemampuan, kerana dana PTPTN perlu terus berputar bagi membiayai pelajar generasi seterusnya,” katanya.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
