Site icon Kool FM

Penduduk Di Sulawesi Sampai Panjat Gunung, Anggap Macam Dah Tunai Haji Di Tanah Suci


Menerusi perkongsian ciapan daripada @SinarOnline, difahamkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyiasat dakwaan video sekumpulan ‘jemaah’ melakukan ‘ibadah haji’ di Gunung Bawakaraeng, Gowa, Sulawesi Selatan.

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Safri mendedahkan tradisi sesat turun-temurun itu kebiasaannya berlaku beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Menurut Ketua MUI Gowa, Abu Bakar Paka, pihaknya masih menyiasat kebenaran dakwaan itu.

MUI dan pemerintah setempat beberapa tahun sebelum ini pernah menutup laluan pendakian ritual tersebut kerana didapati menyimpang daripada ajaran agama Islam.

Menurutnya, mereka yang melakukan perkara itu berasal dari beberapa kampung di Sulawesi Selatan, percaya jika mereka melakukan ‘ibadah haji’ dari puncak Gunung Bawakaraeng, ia sama seperti dilakukan di Tanah Suci Makkah.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version