Sejurus dibebaskan oleh tentera Israel, aktivis Global Sumud Flotilla, Greta Thunberg, mengutuk pemimpin dunia kerana tidak bertindak untuk menegakkan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Greta menyatakan bahawa penahanan dirinya menunjukkan pemimpin global telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
“Mereka sering bercakap tentang pentingnya mempertahankan undang-undang antarabangsa serta memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza. Namun apabila kami cuba melaksanakan perkara itu secara aman dan sah, mereka gagal menjamin keselamatan kami.”
Greta Thunberg (gadis berusia 22 tahun itu) menegaskan bahawa isu penahanan dirinya dan aktivis lain tidak boleh digunakan untuk melupakan krisis yang masih membelenggu Gaza.
“Kami bukan cerita utama. Ribuan rakyat Palestin ditahan tanpa bicara, ratusan daripadanya kanak-kanak. Jutaan pula hidup terperangkap di bawah kepungan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: