Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penduduk Kedah Punca Kes COVID-19 Naik Di Perlis

today8 October 2021

Background


Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas penduduk Kedah yang merentas negeri tanpa kebenaran sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Perlis. Beliau mengambil maklum mengenai isu terbabit dan akan menyiasat bagi mencari individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran.

“Kita akan siasat dan semak individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran dan didapati positif COVID-19 di Perlis. Sekiranya ada penduduk negeri ini yang didapati merentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran dan menyebabkan jangkitan COVID-19 di negeri itu, kita tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas termasuk kompaun,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Ketua Pengarah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendakwa bahawa peningkatan kes COVID-19 di Perlis sebanyak 200 kes semalam adalah disebabkan aktiviti rentas negeri secara haram dilakukan penduduk dari…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman Nazirmuddin


Previous post