Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penduduk PPR Subang 1 Ganding Bahu Hias Blok Raih Pujian Warganet

today26 September 2024

Background


Sikap segelintir penduduk yang suka membuang sampah merata-rata sememangnya membuatkan ramai memandang negatif terhadap masyarakat di sana.

Namun, baru-baru ini penduduk di PPR Subang 1 mencuri perhatian ramai apabila mereka bekerjasama mencantikkan blok dengan mendekorasinya seperti hotel.

Menerusi perkongsian video dan gambar daripada @nsulieza, kelihatan penduduk di tingkat 6 itu menghias blok mereka untuk pertandingan kebersihan dan keceriaan.

Apa yang membuatkan ramai terpukau adalah hasilnya sangat cantik persis seperti berada di lobi hotel mewah.

Perbezaan sebelum dan selepas tingkat itu diubah suai memang membuatkan sesiapa saja akan terpana melihatnya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post