Site icon Kool FM

Penembak Setia City Mall Ditembak Mati

Setia City Mall


Suspek yang terlibat dalam kes penembakan di Setia City Mall pada 8 Februari lalu maut ditembak di Pulau Ketam, awal pagi tadi.

Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditembak dalam satu operasi membabitkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSK dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 3 pagi tadi.

Baca Juga:

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek yang juga seorang penjenayah dikehendaki maut dalam satu kejadian tembak-menembak bersama polis ketika serbuan di Pulau ketam itu.

“Sewaktu serbuan tersebut, berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dan penjenayah di sebuah bilik hotel.

 

“Pasukan polis berjaya menembak mati seorang lelaki dan menemui dua senjata api berisi peluru bersama suspek tersebut.

“Semakan mendapati saspek yang dikehendaki ini mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version