Lenggong: Kerajaan tidak dapat secara sewenang-wenangnya memindahkan beruang panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Zoo Negara ke zoo dan pameran tetap (ZPT) lain kerana membabitkan perjanjian antara dua negara.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, apa juga keputusan terhadap kedua-dua haiwan berkenaan mesti mengikut apa yang terkandung dalam perjanjian antara Malaysia dan China.
“Panda gergasi ini membabitkan program antara kerajaan Malaysia…