GEORGE TOWN – Kerjasama strategik antara Myanmar dan Pulau Pinang mencatat satu lagi detik bersejarah apabila Myanmar Airways International (MAI) akan melancarkan penerbangan sulung terus dari Yangon ke negeri ini bermula esok.
Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai berkata, pelancaran laluan penerbangan itu membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam sektor pelancongan, pelaburan, pendidikan dan perkhidmatan perubatan antara kedua-dua rantau.
”Penerbangan terus ini merupakan yang pertama oleh syarikat penerbangan Myanmar ke Pulau Pinang dan ia mencerminkan keyakinan terhadap potensi negeri ini sebagai hab serantau.
”Walaupun berlaku tragedi gempa bumi di Myanmar baru-baru ini, Lapangan Terbang Yangon tidak terjejas dengan kejadian tersebut kerana pusat gempa terletak lebih 600 kilometer dari Yangon.
”Namun jumlah penumpang dijangka sedikit terjejas berikutan tragedi ini, jumlah yang terjejas kita belum ketahui lagi,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
