Belanjawan 2024 menyaksikan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) apabila RM13 bilion diperuntukkan kerajaan untuk tahun depan berbanding hanya RM10 bilion sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, peningkatan itu akan terus memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Baca Juga:
“Ini bermakna pada tahun hadapan, seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA bernilai RM100 sebulan berbanding 700,000 penerima tahun ini.
“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April depan dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
BELANJAWAN 2025 | “Penerima Sumbangan Tunai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: