PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) menjadi syarikat Malaysia pertama dan satu-satunya yang diperakui oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).
Anak syarikat milik penuh Pecca, Pecca Aviation Services Sdn Bhd (PASSB) telah menerima sijil Kelulusan Organisasi Pengeluaran (POA) daripada EASA.
Skop kerja yang diluluskan di bawah POA adalah membalut, memotong dan menjahit kulit atau fabrik untuk sarung penutup tempat duduk pesawat, sarung tempat sandar kepala dan sarung tempat letak tangan.
Pencapaian utama ini telah membuka aliran hasil baharu kepada Kumpulan kerana ia kini diberi hak untuk menyediakan perkhidmatan upholsteri dan baik pulih untuk semua pesawat berdaftar EASA.
Ketua Pegawai Eksekutif Peca, Foo Ken Nee berkata, sijil tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Pecca yang seterusnya.

“Segmen penerbangan adalah salah satu enjin pertumbuhan utama kami dan pensijilan EASA pastinya akan mempercepatkan pertumbuhan hasil segmen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
