Site icon Kool FM

Pengadil Piala Dunia Dipilih Adili Aksi Malaysia Menentang Jordan

Pengadil AFC


Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan pengadil dari UAE, Mohammed Abdulla Hassan Mohamed akan bertugas sebagai pengadil utama untuk aksi Kumpulan E Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Jordan.

Abdulla merupakan pengadil yang cukup berpengalaman di pentas antarabangsa dan memiliki lesen FIFA sejak 2010.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga membuat penampilan di Piala Dunia 2018 apabila dipilih mengadili perlawanan antara Perancis menentang Peru serta Piala Dunia Kelab FIFA 2021 antara Al Ahly menentang Bayern Munich.

Pada saingan Piala Dunia 2022 di Qatar, beliau juga turut bertugas sebagai pengadil utama untuk perlawanan Sepanyol menentang Costa Rica dan Cameroon menentang Serbia.

Untuk perlawanan Malaysia menentang Jordan, beliau akan dibantu oleh dua pengadil UAE iaitu Mohamed Ahmed Yousef Abdulla Alhammadi dan Hasan Mohamed Hasan Abdulla Alhammadi selaku penjaga garisan 1 dan 2.

Pengadil keempat pula ialah Mohammed Khled S Al Hoish dari Arab Saudi manakala…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version