Ketua jurulatih baharu pasukan Indonesia, Patrick Kluivert membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak mengenai sasaran yang diletakkan ke atas beliau bersama skuad Garuda.
Dalam satu temu bual, bekas pemain Barcelona dan AC Milan itu mendedahkan bahawa Ketua Umum PSSI, Erick Thohir tidak memberikan sasaran untuk layak ke Piala Dunia 2026 terhadap beliau.
Baca Juga:
“Erick tidak memberikan saya sasaran itu (Piala Dunia 2026). Sudah tentu kami mahu layak ke temasya itu kerana kita mempunyai peluang. Semuanya ada di tangan kita sendiri.
“Sudah tentu tidak mudah untuk mengharungi saingan dalam kumpulan C. Tetapi saya mahu mendapatkan cabaran untuk pasukan. Jika anda melihat kepada pasukan yang akan saya bimbing, mereka mempunyai potensi,” katanya.
Pengakuan ini nyata kurang disenangi oleh peminat dari negara seberang kerana mereka mahu skuad kebangsaan untuk layak ke Piala Dunia 2026 kerana itu adalah sasaran yang diletakkan ke atas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
