Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengalaman Bekerja Di Malaysia Indah Buat Aghniny Haque

today11 June 2026

Background
‘Seronok Dapat Bekerja Dengan Orang Malaysia, Mereka Mesra & Peramah’ – Aghniny Haque


Pelakon Indonesia, Aghniny Haque menzahirkan rasa syukur apabila kerjasamanya dengan barisan pelakon filem Khadam memberi pengalaman bermakna yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: Pengarah Khadam Dedah Aghniny Haque Datang Malaysia Seorang Diri Tanpa PA & Pengurus – ‘Zero Diva’

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Pertaruh Emosi Dalam ‘Tak Berlagu’, OST Filem Khadam

Ketika ditemui OhBulan!, Aghniny berkata dia menyifatkan pengalaman pertamanya bekerja di luar negara sebagai satu memori yang sangat indah.

Sepanjang tempoh penggambaran, pelakon filem KKN Desa Penari itu mengakui dia berasa selesa dengan sikap rakyat Malaysia yang disifatkannya sangat berbudi bahasa serta menghargai nilai seni.

Saya sangat bersyukur. Ini kali pertama saya mempunyai filem antarabangsa dan sangat indah dapat bekerja dengan orang Malaysia.

Orang Malaysia sangat mesra, sangat menghormati kreativiti, dan sangat peramah. Saya juga suka makanannya, saya suka segalanya!

Aghniny

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post

Hiburan Semasa

‘Prank’ gaduh depan Syed Saddiq undang kecaman netizen

Kuala Lumpur : Sambutan hari jadi pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah, yang berlangsung meriah baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila satu rakaman video memaparkan keluarganya mengenakan 'prank' (gurauan) terhadap selebriti itu tular di media sosial. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 June 2026