Kes influenza A kian meningkat dan kesannya semakin teruk sehingga menyebabkan pesakit dikejarkan ke hopsital. Walaupun simptomnya batuk, demam dan selsema namun perlu mendapatkan rawatan doktor kerana tidak boleh diambil remeh.
Seperti pengalaman seorang guru di laman Facebook, dia menceritakan derita dan perit apabila dijangkiti demam influenza A ini. Jelasnya, sakit ini mengalahkan jangkitan Covid-19.
Baca juga: [VIDEO] Anak Demam On Off Selama 2 Bulan, Rupanya Dijangkiti Virus RSV
PENGALAMAN DEMAM INFLUENZA A, SAKIT MENGALAHKAN KENA COVID-19

Jangan main-main dengan Influenza. Terutamanya Influenza A. Sakit dia mengalahkan covid. Dan ia berpanjangan! Sebelum Subuh badan akan gigil kesejukan. Sejuk sampai ke tulang, sampai kecut jari tangan. Sampai berlaga gigi sejuknya. Tapi suhu badan, ya ampun panas lebih 40°.
Demam dia On Off. Ni paling seram. Kita ingat dah sihat, langsung tak dak demam tak dak panas dah. Rasa cergas. Terus buat kerja, tahu-tahu esok sambung demam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: