PETALING JAYA – Kadar pengangguran dijangka terus merekodkan penurunan kepada purata 3.3 peratus pada tahun depan, menurut firma penyelidikan pasaran, Kenanga Research.
Firma tersebut berkata, walaupun dalam kelembapan sektor luaran, seperti yang dicerminkan oleh eksport dan PMI (Indeks Pembelian Pengurus) pembuatan yang lemah, pasaran buruh kekal stabil pada bulan September lalu.
“Ini menunjukkan peranan permintaan domestik dalam menahan kelembapan ekonomi global, sebahagiannya didorong oleh peningkatan beransur-ansur dalam aktiviti pelancongan dan pendapatan isi rumah yang bertambah baik.
“Selain itu, kami percaya langkah dan inisiatif kerajaan juga memainkan peranan penting.
“Ini termasuk sekatan berterusan terhadap pengambilan pekerja asing, manakala dasar Model Gaji Progresif akan datang juga bakal menyokong pekerjaan dan imbuhan pada masa depan,” katanya dalam nota kajian yang diterbitkan semalam.
Jabatan Perangkaan kelmarin melaporkan kadar pengangguran negara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
