Menurut beliau, langkah itu bagi memperketatkan lagi syarat kepada penganjur acara hiburan tersebut.
“Sebelum ini, apa yang berkaitannya (larangan penggunaan dadah di konsert) hanya pada tiket konsert sahaja.
“Jadi, ini secara langsung dalam mengekang penggunaan dadah dalam mana-mana konsert. Syarat akan diletakkan dalam permit dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Sebelum ini, Polis Selangor mencadangkan keperluan garis panduan baharu dalam sesuatu penganjuran konsert termasuk dari segi bilangan pengunjung mengikut keluasan tempat selain aspek keselamatan dari penjualan dadah serta pengudaraan.
Ia selepas kematian empat termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40-an maut disyaki akibat pengambilan ekstasi selepas menghadiri konsert ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway.
Laporan patologi mengesahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung di konsert tersebut berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
