Site icon Kool FM

Penganjur Minta Maaf Anjurkan Konsert Pada Malam Nisfu Syaaban


Penganjur konsert ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ telah meminta maaf secara terbuka setelah dianggap tidak sensitif kerana mengadakan konsert itu pad malam Nisfu Syaaban.

Penganjur konsert Faris Azrii berkata, isu tersebut berlaku kerana mereka terlepas pandang tentang perkara itu. Namun dia menyatakan bahawa sebelum memulakan konsert itu, mereka ada mengadakan selawat terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Dia menafikan bahawa selawat itu hanya beberapa minit sahaja sebaliknya mereka mengadakan selawat hampir sejam menurutnya.

Dipetik dari Sinar Harian: “Apa yang berlaku ini memang tidak melibatkan mana-mana badan kerajaan dan memang salah pihak kami. Tidak melibatkan mana-mana kerajaan dan saya betul-betul mohon maaf kepada kerajaan Kedah.

“Tentang isu terkinja-kinja dan melompat-lompat itu juga saya mohon maaf kerana saya membawa hip-hop ke bumi Kedah tapi ini kejadian pada hari Jumaat bukan Sabtu [malam Nisfu Syaaban]. Tapi kita juga adakan konsert…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version