Menerusi video berkenaan, kelihatan sedang berlangsungnya majlis perkahwinan di negara seberang iaitu di Indonesia.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila masyarakat Indonesia mempunyai upacara Sungkem yang merupakan majlis tanda bakti dan hormat yang dilakukan oleh kedua pengantin kepada keluarga masing-masing untuk menunjukkan rasa terima kasih daripada lahir sehingga perkahwinan.
Lebih mengejutkan lagi adalah apabila pengantin perempuan pengsan dan jatuh ke bawah sambil dipeluk bapa mentuanya. Dipercayai pengantin perempuan itu terharu kerana bapa mentuanya itu memberi restu. Wanita itu juga terharu dapat merasakan pelukan seorang ayah setelah lama tidak dipeluk oleh arwah ayahnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
