Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Walaupun negara kita sudah mencatatkan angka vaksinasi yang tinggi, namun teori dangkal dari kumpulan kiri yang sering dikenali sebagai anti-vaksin terus tumbuh bak cendawan selepas hujan. Terbaharu, melalui perkongsian seorang pengguna Facebook. Dia menyatakan bahawa 5G adalah senjata terbaharu yang dibangunkan, “Bukan konspirasi lagi, selamat datang ke alaf baharu.”
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengguna Facebook yang lain di mana sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa kita sekarang dikepong dengan senjata biologi yang akan diaktifkan menggunakan vaksin yang dicucuk oleh orang ramai. Seorang pengguna Facebook yang lain pula mendakwa bahawa matlamat teknologi 5G adalah untuk mengurangkan populasi dunia dan mereka yang divaksin pula akan ‘dikawal’ oleh teknologi ini.

Dakwaan tanpa bukti yang kukuh dan dianggap bodoh ini kemudiannya tular di laman Twitter…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: