KUALA LUMPUR – Pemegang saham dan Pengarah Mbits Digital Sdn. Bhd. (Mbits Digital) Saraleana Nattaya Azmi memfailkan saman terhadap Techna-X kerana didakwa gagal melunaskan pembelian baki saham berjumlah RM10,451,998.10.
Peguam, Kemala Alang berkata, anak guamnya itu telah membuat pindaan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau berkata, menerusi pernyataan itu, Saraleana bersetuju untuk menjual 10 juta saham iaitu 25 peratus modal saham Mbits Digital kepada Techna-X Berhad dengan harga RM12.5 juta pada 10 Februari 2021.
“Namun, sehingga kini, Techna-X hanya membayar RM2,048,001.90 meninggalkan baki RM10,451,998.10 yang masih belum dijelaskan.
“Semua urusan antara Techna-X dan Saraleana diuruskan oleh Datuk Jared Lim iaitu menantu kepada seorang tokoh perniagaan yang telah disytiharkan muflis.
“Walaupun pada Jun 2022 saham tersebut telah didaftarkan atas nama Techna-X, bayaran penuh masih belum diterima oleh Saraleana,” katanya dalam satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: