Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Mohd Rafiq Mat Razali, dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.
Beliau antara penerima anugerah dan pingat negeri sempena sambutan ulang tahun ke-76 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, di Seri Negeri.
Rafiq dilantik sebagai pengarah urusan Media Prima pada 1 Oktober 2021, dengan pengalaman luas dalam transformasi digital, kepimpinan strategik dan pengurusan operasi merentas sektor media, teknologi serta telekomunikasi.
Beliau menyertai kumpulan itu pada 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rev Media Group, di mana beliau memacu pengambilalihan aset digital utama yang mengukuhkan kedudukan Media Prima dalam landskap digital negara.
Rafiq berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Aktuari) dari The Pennsylvania State University dan merupakan alumni Program Pengurusan Lanjutan (AMP) di Harvard Business School.
Selain tanggungjawab…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: