Seorang pengasas firma IT menafikan salah laku selepas polis Bangladesh dilaporkan meminta untuk mengekstradisinya berhubung siasatan dikaitkan dengan pengambilan pekerja asing.
Menerusi kenyataan, peguam Aminul N Sivananthan berkata artikel Bloomberg membayangkan bahawa anak guamnya atau Bestinet mungkin terlibat dalam amalan melanggar undang-undang adalah ‘tidak berasas sama sekali’.
Beliau menafikan dakwaan sama ada mengaitkan Aminul atau Bestinet dengan pemerdagangan manusia atau pengubahan wang haram.
Sivananthan berkata, Aminul mahupun Bestinet tidak pernah terlibat dalam proses pengambilan atau mempunyai interaksi langsung dengan agensi pengambilan atau bakal pekerja di Bangladesh atau di tempat lain.
Katanya, peranan Bestinet terhad kepada penyediaan pelaksanaan dan sokongan teknikal untuk FWCMS.
“Aminul tidak, pada bila-bila masa, terlibat dalam aktiviti di luar skop perkhidmatan teknologi Bestinet yang dibenarkan secara rasmi,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
