Pavel Durov, 40 tahun, pengasas bersama platform popular Telegram, mengejutkan dunia apabila mendedahkan bahawa beliau mempunyai sekurang-kurangnya 106 orang anak – enam daripadanya hasil daripada hubungan intim, manakala selebihnya daripada sumbangan sperma di 12 negara berbeza, lapor Yahoo News.
Dalam satu temubual eksklusif bersama Le Point, hartawan teknologi itu berkata, semua anak-anaknya berhak mendapat layanan yang sama dari segi pembahagian harta.

“Tiada bezanya bagi saya, sama ada mereka dikandung secara semula jadi atau lahir daripada sumbangan sperma. Mereka semua anak saya dan mempunyai hak yang sama,” kata Durov.
Nilai kekayaan Durov dianggarkan sekitar AS$17.1 bilion (kira-kira RM80 bilion), menurut Forbes.
Harta Tak Boleh Dimiliki Dengan Mudah
Namun, beliau tidak mahu anak-anaknya menerima harta itu dengan mudah.
Durov memaklumkan bahawa semua waris hanya dapat mengakses bahagian masing-masing selepas 30 tahun dari tarikh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: