Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pengasas Top Glove lancar buku biografi

today18 December 2025

Background


SHAH ALAM – Kisah hidup serta pengalaman lebih 30 tahun menceburi bidang perniagaan dibukukan Pengasas serta Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove), Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dalam buku biografinya yang dilancarkan hari ini.

Buku yang diberi judul ‘Mesti Tahu, Mesti Buat, Mesti Ajar’ setebal 145 muka surat menceritakan kisah Wee Chai dari sebuah kampung di Titi, Negeri Sembilan sehingga mempunyai perniagaan sarung tangan terbesar di negara ini.

Wee Chai berkata, beliau mengambil keputusan menerbitkan biografi berkenaan kerana mahu berkongsi pengalaman hidupnya dengan rakyat Malaysia, yang dilihatnya boleh dijadikan inspirasi untuk berjaya dalam apa jua bidang.

“Apa ilmu yang kita ada, kita perlu kongsi dengan masyarakat kerana perkongsian ilmu akan memanfaatkan mereka dan diri kita sendiri.

“Ilmu yang baik dan bermanfaat tidak sepatutnya kita simpan. Kita perlu sebarkannya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu di sini, hari…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS


Previous post

Gara-Gara Nangis Tak Henti, Bapa Hemp*s Bayi 6 Bulan Ke Lantai Hingga Ma*i

Viral

Gara-Gara Nangis Tak Henti, Bapa Hemp*s Bayi 6 Bulan Ke Lantai Hingga Ma*i

Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut dianiaya bapa kandungnya sendiri di Ciputat, Tangerang Selatan. Bapa emosi anak tak berhenti menangis Memetik laporan CNN Indonesia, suspek yang dikenali sebagai IS, 28, mempunyai masalah ketagihan alkohol dan terjebak dengan kancah judi dalam talian. Menurut Ketua Polis Sektor (Kapolsek) Ciputat Timur, Kompol Bambang Askar Sodiq, tabiat buruk

today18 December 2025