Site icon Kool FM

Pengasuh Disyaki Dera Kanak-Kanak Autisme Ditahan, Lima Saksi Dipanggil Untuk Bantu Siasatan


Sejak semalam satu negara heboh dengan kejadian rakaman seorang pengasuh wanita warga Singapura yang juga pengurus sebuah pusat intervensi kanak-kanak di Ampang memukul seorang kanak-kanak autisme.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa dipercayai didera pada 1 Oktober lalu sekitar 8.45 pagi hingga 12.45 tengah hari selepas bapanya menyedari terdapat kesan lebam pada bahagian bahu sebelah kiri dan di kedua-dua belah mata anaknya.


Bapa mangsa terkejut setelah melihat semula rakaman cctv yang ada pada premis tersebut di mana anaknya dilayan dengan kasar oleh pengurus pusat interversi itu sendiri apabila mangsa mengelak untuk makan.

Hasil siasan lanjut mendapati wanita warga asing berusia 51 tahun itu turut menggajikan tiga pekerja warga tempatan yang juga berada di pusat itu semasa kejadian tersebut berlaku.

Pas lawatan wanita tersebut turut disyaki telah tamat tempoh dan dia direman sehingga Selasa depan bagi membantu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version