Semalam, kecoh di media sosial berhubung tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital kerajaan yang sengaja mengenakan caj parkir berjumlah RM50 terhadap seorang warga emas.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @allyszackry, anak kepada warga emas itu tampil bersemuka dengan pengawal keselamatan terbabit dalam mendapatkan semula wang parkir yang dibayar sebelum itu.
Pemilik akaun malah mendedahkan ini merupakan kali ke-2 buat ibunya yang dikenakan caj yang sama.
“Mak sudah kena semalam. Hari ini saya memang pergi cari sebab kali kedua dia minta lagi. Memang mudah buat duit, siap pulangkan balik duit sebab takut saya laporkan kepada pihak polis atas kesalahan pemerasan dan ugutan terhadap orang tua saya.
“Hati-hati, sasarannya warga emas dan orang luar. Alasannya, parkir itu adalah untuk staf dan dikenakan bayaran RM50, jika tidak, kenderaan akan dikenakan ‘clamp’ (dikepit). Mak saya dah terkena, berderau darah,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: