Site icon Kool FM

Pengeluaran roti Molana dijangka bertambah sebanyak tiga kali ganda


JOHOR BHARU – Indahraya International Ventures Sdn Bhd. (Indahraya) optimis untuk meluaskan lagi penguasaan pasaran bagi produk roti berjenama Molana di pasaran tempatan dan antarabangsa melalui kerjasama strategiknya dengan Al Shams Bread Manufacturing Sdn. Bhd. (Al Shams Bread)

Melalui kerjasama tersebut, Indahraya kini memiliki kepen­tingan Al Shams Bread sebanyak 40 peratus.

Al Sham Bread adalah antara pengeluar utama roti di bawah jenama Molana sejak tahun 2010 dengan keluaran produk popularnya iaitu capati untuk pasaran Singapura.

Produk lain keluaran syarikat adalah paratha pastri sejuk beku.

Ketua Pegawai Eksekutif Indahraya, Roslin Abd. Rahman berkata, usaha sama tersebut bakal menjadi pemangkin kepada inisiatif memperkasakan keupayaan syarikat untuk kekal relevan dan berdaya saing bagi menyediakan makanan halal kepada pelanggan.

“Kapasiti pengeluaran sedia ada kini adalah sebanyak 1.5 juta keping roti. Maka, melalui usaha sama ini, syarikat berharap dapat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version