
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menegaskan komitmennya untuk memacu kestabilan ekonomi Malaysia dan jaminan tenaga jangka panjang, dengan memastikan bekalan elektrik kepada kediaman, perniagaan dan industri terus berdaya harap di seluruh negara.
Bagi tahun kewangan 2025 (TK2025), Syarikat terus menunjukkan prestasi kewangan yang mampan, sekali gus memperkukuh keupayaannya untuk menjana nilai jangka panjang kepada para pemegang saham dan rakyat.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama, keutamaan TNB melangkaui prestasi kewangan semata-mata.
“Kejayaan ini diterjemahkan secara langsung kepada manfaat yang nyata kepada rakyat. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama yang berkhidmat untuk negara, keutamaan kami melangkaui prestasi kewangan yang kukuh — ia adalah tentang menyalurkan pencapaian kami kepada pelaburan bermakna yang mengukuhkan negara serta memberikan manfaat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: