PETALING JAYA – Pengendali rangkaian pengangkutan awam rel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencatatkan peningkatan penggunaan harian sebanyak 49 peratus dalam kalangan warga orang kelainan upaya (OKU) sejak Februari lalu.
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, pengenalan Pas Perjalanan Percuma OKU Smile pada Februari 2024 secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan tersebut.
“Pada bulan Mei 2024, perkhidmatan Rapid Rail dan Rapid Bus telah mencatat sebanyak 233,915 jumlah penggunaan di kalangan warga OKU dan inisiatif Pas OKU Smile telah menerima sambutan menggalakkan dengan lebih daripada 6,000 pendaftaran setakat ini.
“Bagi memudahkan proses pendaftaran, Prasarana mengadakan beberapa siri jelajah untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan komuniti OKU.
“Sebanyak lima siri jelajah telah berjaya disempurnakan termasuk di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA),…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
