Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penggunaan Peranti Had Kelajuan Wajib Bagi Kenderaan Perdagangan Bermula 1 Oktober Ini

today13 June 2025

Background


Menurut Anthony Loke, penguatkuasaan penggunaan Peranti Had Kelajuan (SLD) akan melibatkan semua bas ekspres, bas persiaran, dan kenderaan barangan berat melebihi 3,500 kilogram yang telah didaftarkan mulai 1 Januari 2015.

Kenderaan ini wajib mendapatkan Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD daripada pihak pengilang/pengeluar kenderaan, Technical Service (TS) yang diiktiraf oleh JPJ, bengkel atau fasiliti servis yang diiktiraf oleh JPJ atau Badan Pensijilan Bertauliah (oleh Jabatan Standard Malaysia) yang diiktiraf oleh JPJ.

“Dokumen Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD ini wajib diperbaharui setiap dua tahun dan perlu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) dan ketika permohonan atau pembaharuan permit di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Dokumen berkenaan juga perlu dibawa setiap masa di dalam kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan oleh JPJ. Penguatkuasaan Pengesahan Kefungsian SLD akan bermula 1 Oktober tahun ini,” katanya.

Anthony Loke menjelaskan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Irfan dakwa diugut pengurusan Olahraga Malaysia

Kuala Lumpur: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin mendakwa dirinya menerima ugutan berbaur ancaman daripada pengurusan Olahraga Malaysia (MA) susulan kenyataan terbukanya kepada media selepas kejayaan membawa pulang pingat gangsa dari Kejohanan Olahraga Asia 2025 di Gumi, Korea Selatan, baru-baru ini.

today13 June 2025