Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pada 16 September 2023, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia yang ke-60. Disebabkan jatuh pada hujung minggu, apa kata anda tempah penginapan untuk ‘staycation’ bersama keluarga.
Artikel Berkaitan:
Sempena Hari Malaysia, Airbnb menawarkan rakyat Malaysia kesempatan untuk menikmati penginapan Airbnb yang unik di seluruh negara pada harga RM60 sahaja.
Dari pantai berpasir di Kelantan hinggalah Tapak Warisan Dunia di Melaka, berikut adalah koleksi rumah percutian yang meraikan beberapa destinasi yang terindah di Malaysia.
1. Sera Villa, Pahang

Sera Villa yang terletak hanya beberapa minit dari pantai Teluk Chempedak yang terkenal, menyatukan keselesaan moden dan reka bentuk minimalis dengan kedamaian kehidupan di tepi pantai.
Dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur, rumah ini sesuai untuk percutian berkumpulan bersama keluarga atau rakan tersayang.
2. STAY @ Marina Island Pangkor Lumut, Perak
Sumber: