PETALING JAYA – Penguatkuasaan kaedah pengiraan baharu bagi nilai pasaran terbuka (OMV) kenderaan pemasangan tempatan (CKD) yang dijadualkan bermula tahun depan dijangka akan lebih menjejaskan pasaran massa berbanding segmen kenderaan mewah.
Pengarah Urusan Bahagian Permotoran, Sime Darby Berhad (Sime), Andrew Basham berkata, sekiranya ia dilaksanakan bermula 1 Januari, pasaran mungkin bakal menyaksikan peningkatan jualan luar biasa pada bulan Oktober, November dan Disember.
“Kemudian akan ada penurunan pada Januari sebelum keadaan menjadi normal, dan perniagaan kembali seperti biasa.
“Perkara ini cenderung memberi kesan yang lebih rendah pada segmen premium dan reaksi yang lebih mendadak biasanya disaksikan pada pasaran massa,” katanya dalam sidang akhbar sempena pengumuman keputusan kewangan Sime di ibu pejabatnya di sini, hari ini.
Penguatkuasaan peraturan cukai eksais kenderaan baharu, P.U.(A) 402/2019 dijadualkan bermula pada 2026 selepas ditangguhkan beberapa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
