Seorang pengulas dan juga bekas penjaga gol Mesir, Essam El Hadary meramalkan pasukan Asia Tenggara termasuk Malaysia tidak layak ke pusingan kalah mati dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.
Ramalan Essam mencetus rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Harimau Malaya di laman X yang berpendapat pengulas tersebut tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang pasukan Asia Tenggara.
Artikel Berkaitan:
Dalam satu temubual bersama stesen TV Qatar, AlKassTVSports, beliau memilih Jepun sebagai juara Piala Asia 2023 berdasarkan kualiti barisan pemain yang dimiliki oleh skuad Samurai Biru itu.
Malaysia yang menghuni kedudukan ranking 130 dunia berada dalam kumpulan E bersama gergasi Asia, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.
Bagaimanapun, Essam memilih Korea Selatan sebagai juara kumpulan E dan akan mara hingga ke final bertemu Jepun.
Beliau juga menjangkakan Jordan akan muncul naib juara kumpulan manakala Bahrain dapat slot tempat ketiga terbaik kumpulan sekaligus bertemu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
