Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengunjung Mall Panik, Tong Sampah Dalam KLCC Terbakar Sehingga Muncul Asap Tebal

today30 September 2024

Background


Kejadian yang berlaku pada semalam, dilapor Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) terus kepada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 8.12 malam.

Menurut Harian Metro, Komander Operasi, Mohd Azimin Mohd Zaidi berkata, tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, Hang Tuah dan Titiwangsa membabitkan kekuatan 22 pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, pasukan penyelemat mendapati asap tebal di tingkat tiga dan anggota bertindak mencari punca api.

“Kebakaran dikesan berlaku di bahagian tangga laluan kecemasan membabitkan longgokan kotak yang terbakar di dalam tong sampah.

“Anggota menggunakan satu aliran hos untuk pemadaman dan membuat kerja pengudaraan,” katanya

Bagaimanapun, api berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.45 malam.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Hiburan Semasa

Undian ABPBH 36 ditutup 11.59 malam ini

Kuala Lumpur : Undian bagi 16 kategori utama dan lima kategori sampingan Ekstra Tonton Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, ditutup tepat jam 11.59 malam ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today30 September 2024