Menurut Wan Rosli, dia melihat pelbagai ragam ketika ada golongan berkenaan mahu mendapatkan barangan berkenaan serta sanggup membayar dengan harga yang tinggi.
Malah, katanya ada yang sanggup membayar RM500 hingga RM600 hanya untuk tali pengikat kafan.
“Sepanjang 25 tahun menjadi pengurus jenazah, banyak kerenah yang saya hadapi tetapi saya tidak melayani permintaan itu yang disifatkan melampau selain bimbang disalahgunakan.
“Saya berharap permintaan ‘pelik’ seperti ini dapat dihentikan kerana ia berkait dengan akidah serta hukum hakam agama dan kebersihan,” katanya.
Dalam pada itu, Pengasas PJWT Che Mohd Ibrahim Che Ghani berkata, persatuan itu sudah menguruskan kira-kira 2,300 jenazah selepas bergerak secara persatuan sejak empat tahun lalu.
“Kami tidak menetapkan harga bagi golongan berkemampuan yang menggunakan khidmat mandi jenazah, kafan dan perkhidmatan van sebaliknya menyerahkan kepada waris untuk memberi sumbangan seikhlas hati.
“Bagi asnaf, kami sediakan set…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: