Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pengurus Nantes, Antoine Kamboure menjadi perhatian lagi pada bulan Ramadan selepas menggugurkan nama pemain yang ingkar larangan berpuasa yang ditetapkannya.
Ketika di PSG lagi dia sudah mengenakan larangan berpuasa kepada pemain pada hari perlawanan.
Kini dia sekali lagi menegaskan perkara yang sama ketika di Nantes. Di mana pengurus Nantes Kamboure menggugurkan nama pemain bek kiri kebangsaan Algeria, Jaouen Hadjam daripada pasukannya kerana ingkar larangan berpuasa ditetapkannya.
Ianya gara gara pemain itu memutuskan untuk terus berpuasa pada hari ini, pada hari Ahad yang juga hari perlawanan.
Nantes akan berdepan dengan Reims dalam aksi Ligue 1. Tindakan Jaouen Hadjam itu membuatkan pengurus Nantes terus membuang namanya daripada pasukan untuk tugasan kali ini.
Pasukan yang digelar Les Canaris itu memuat naik nama pemain yang terlibat dalam tugasan kali ini. Dan tiada nama Hadjam di dalamnya.
📋 𝗟𝗲…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: