Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengusaha Kereta Sewa Terkejut, Axia Rosak Digunakan Penyewa Angkut Sawit

today6 January 2025

Background


Seorang pemilik kereta sewa terkejut apabila kereta Axia miliknya dalam keadaan sangat teruk ketika dikembalikan.

Kereta tersebut rupa rupanya digunakan penyewa yang tidak bertanggungjawab untuk mengangkut sawit.

Ini berdasarkan peralatan yang digunakan untuk menumbuk dan mengangkut sawit tertinggal di dalam kereta. Termasuk, sabit, tombak dan parang.

Keadaan kereta benar benar teruk. Perodua Axia tersebut juga ada kesan perlanggaran. Dengan tayar botak.

Bampar kereta juga pecah. Bahagian dalaman kereta kotor dengan kusyen tempat duduk belakang hancur.

Pengusaha kereta sewa yang bernama Salvisteh itu juga mendedahkan bahawa indikator amaran enjin juga menyala.

Ketika hari pemulangan kereta, penyewa tidak menyerahkan sendiri kereta itu. Sebaliknya terus menghilangkan diri.

Dia cuba menghubungi penyewa tersebut. Namun gagal, kerana nombornya sudah disekat. Jelas sekali penyewa kereta itu tidak mahu bertanggungjawab atau membayar sebarang ganti rugi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post