Site icon Kool FM

Peniaga Bantah Cadangan Terengganu Haramkan Vape

Vape


Penggiat industri vape menyatakan kebimbangan terhadap cadangan kerajaan negeri Terengganu untuk mengharamkan penjualan produk vape di negeri itu.

Langkah ini dianggap tidak efektif serta mampu memberi impak negatif kepada ekonomi tempatan dan sektor pekerjaan rakyat.

Baca Juga:

Industri vape ingin menegaskan bahawa produk vape kini tertakluk di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, iaitu akta yang sama digunakan untuk mengawal selia rokok.

Justeru, menurut Muhd Kamaruzaman Mahmud, Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Terengganu, pengharaman total terhadap penjualan vape adalah bercanggah dengan akta tersebut, yang bertujuan memperkenalkan kawal selia yang menyeluruh dan berkesan, bukan larangan mutlak.

Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Terengganu merupakan cabang negeri kepada Pertubuhan Peniaga Vape Melayu (PPVM), yang berperanan mewakili dan memperjuangkan kepentingan peniaga vape Melayu di peringkat negeri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version