Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peniaga Bazar Ramadan Gigit Anggota DBKL Sampai Luka, 3 Suspek Kini Ditahan Polis

today7 March 2025

Background


Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memberitahu pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita bertugas sebagai pegawai penguat kuasa DBKL, jam 5.59 petang.

Difahamkan, pegawai terbabit memaklumkan ketika bertugas di Jalan Benteng, dia telah mengalihkan food truck yang menghalang lorong kira-kira jam 11.30 pagi.

Namun, tindakannya itu menyebabkan wanita pemilik food truck menghalang dan berlaku pergelutan di antaranya dengan wanita terbabit.

Dipercayai, peniaga berkenaan berang dan bertindak demikian selepas gagal menunjukkan lesen perniagaan apabila diminta anggota itu dan mahu menyita gerai jualannya ketika menjalankan operasi di sekitar ibu negara.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post