PETALING JAYA – Para peniaga Boost kini boleh menerima pembayaran rentas sempadan daripada pelancong Thailand menerusi DuitNow QR, yang memudahkan mereka membuat bayaran rentas sempadan tanpa tunai di negara ini.
Inisiatif tersebut dapat dilaksanakan melalui kerjasama antara Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau Axiata yang terkemuka dengan Payments Network Malaysia (PayNet), infrastruktur rangkaian pembayaran runcit negara.
Ketua Pegawai Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, ciri transaksi lancar serba baharu ini akan merintis jalan untuk memudahkan pelancong menggunakan eDompet masing-masing untuk membuat pembayaran tanpa perlu memegang wang tunai dalam ringgit.
Menurutnya, pelancong hanya perlu mengimbas Kod QR DuitNow Boost, yang akan mengenal pasti lokasi secara automatik semasa pengguna berada di Malaysia.
Pengguna akan menerima permintaan untuk meletakkan nilai pembelian dalam ringgit Malaysia (MYR) dan tukaran automatik akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: