Seorang peniaga, Rosmaini Abd Raof, 41, telah dikenakan hukuman penjara 10 tahun, kerana menyebabkan kecederaan parah ke atas bekas isteri ketiganya. Hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu.
Menurut hakim, Fatimah Zahari, keputusan akhir itu dibuat setelah kes tersebut dibicarakan selama 3 tahun. Seramai 11 saksi turut dipanggil sepanjang pendakwaan.
Dipetik daripada laporan Harian Metro, pada 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan telah menyebabkan kecederaan parah ke atas bekas isteri ketiganya.
Menurut pertuduhan ke atasnya, Rosmaini telah memukul bekas isteri ketiganya itu di bahagian kepala, muka dan bahagian tangan. Dia turut didakwa menghentakkan kaki pada bahagian belakang isterinya sehingga menyebabkan cedera parah.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, pada 4 Mei 2021 kira kira 6 pagi.
Tertuduh disiasat mengikut seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
