Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Tertuduh, Mohd Saifuddin Shafik, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Tertuduh turut membuat permohonan maaf kepada anggota keluarga mangsa, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seluruh rakyat Malaysia dan menyatakan kekesalannya kerana membuat hantaran sebegitu.
Mengikut pertuduhan, pemilik akaun Twitter (X) Saifuddin Shafik @ saishafik itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 April lalu.
Perkara ini membabitkan tulisan: “Baru raptai dah mampus. Tak sempat nak pergi perang”, dengan niat untuk menyakitkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
