Skuad bola sepak Indonesia dijangka bertambah lebih kuat di masa depan apabila merancang untuk merekrut penjaga gol Inter Milan, Emil Audero Mulyadi yang memiliki ketinggian 192 cm.
Kelmarin, Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir telah mengadakan pertemuan dengan pemain tersebut dan ia menunjukkan tanda-tanda positif.
Baca Juga:
Erick Thohir sedang giat mencari pemain keturunan Indonesia di luar negara untuk dipanggil memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Audero merupakan pemain berdarah keturunan Indonesia sebelah bapanya dan dilahirkan di Mataram sebelum berhijrah ke Itali.
Produk Akademi Juventus itu turut mempunyai pengalaman luas di pentas antarabangsa kerana pernah mewakili skuad B-21 dan B-19 Itali.
Bagaimanapun, beliau belum pernah dipanggil menyarung jersi pasukan senior Itali dan PSSI memberi bayangan bakal menaturalisasikan pemain tersebut untuk menyarung jersi skuad Garuda bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: